Thursday, January 13, 2011

Update: Yuran Keahlian

update:borang keahlian alumni akan diedarkan pada awl feb nanti....
yuran Pendaftaran:Rm15.00( 1 tahun)
yuran bulanan:Rm2.00 x 12 bulan(takder interest)
jumlah bersih setahun:rm 39.00
pembayaran lh dibuat melalui acc maybank persatuan bekas pelajar semerbak..
pembayaran akan bermula apabila akaun sudah siap..

Friday, December 3, 2010

SECARA RASMI...

Assalamualaikum

Syukur alhamdullilah dan salam muhibbah kepada rakan-rakan SEMERBAK. Akhirnya, setelah sekian lama hasrat merealisasikan penubuhan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Seri Gombak atau nama rasminya X-SEMERBAK berjaya dicapai pada 1 November 2010.

Matlamat persatuan ini ditubuhkan adalah sebagai platform untuk merapatkan silaturahim antara bekas pelajar Sekolah Menengah Seri Gombak. Besarlah harapan kami di X-SEMERBAK agar semua bekas pelajar dari setiap tahun pengajian (seawal tahun 1983) boleh ditemukan dibawah bumbung yang sama.

Disamping itu, X-SEMERBAK akan menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada semua ahli. Ini termasuk hal-hal kebajikan ahli dan juga keluarga mereka.

Insya Allah, satu Mesyuarat Agong akan diadakan pada 12 Mac 2011 pada pukul 2 petang bertempat di Sekolah Menengah Seri Gombak. Kita mahu Mesyuarat Agong yang pertama ini mendapat sokongan semua pihak. Buat masa ini, anda boleh sertai komuniti X-SEMERBAK di  http://www.facebook.com/home.php?sk=group_120385311354287&ap=1

Diharapkan semua dapat menyumbangkan ke arah kelangsungan X-SEMERBAK.