Friday, December 3, 2010

SECARA RASMI...

Assalamualaikum

Syukur alhamdullilah dan salam muhibbah kepada rakan-rakan SEMERBAK. Akhirnya, setelah sekian lama hasrat merealisasikan penubuhan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Seri Gombak atau nama rasminya X-SEMERBAK berjaya dicapai pada 1 November 2010.

Matlamat persatuan ini ditubuhkan adalah sebagai platform untuk merapatkan silaturahim antara bekas pelajar Sekolah Menengah Seri Gombak. Besarlah harapan kami di X-SEMERBAK agar semua bekas pelajar dari setiap tahun pengajian (seawal tahun 1983) boleh ditemukan dibawah bumbung yang sama.

Disamping itu, X-SEMERBAK akan menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada semua ahli. Ini termasuk hal-hal kebajikan ahli dan juga keluarga mereka.

Insya Allah, satu Mesyuarat Agong akan diadakan pada 12 Mac 2011 pada pukul 2 petang bertempat di Sekolah Menengah Seri Gombak. Kita mahu Mesyuarat Agong yang pertama ini mendapat sokongan semua pihak. Buat masa ini, anda boleh sertai komuniti X-SEMERBAK di  http://www.facebook.com/home.php?sk=group_120385311354287&ap=1

Diharapkan semua dapat menyumbangkan ke arah kelangsungan X-SEMERBAK.